Persijilan Halal Mufti_Negara_Singapura

Perkhidmatan pensijilan halal secara rasmi diperkenalkan MUIS pada tahun 1978, di mana MUIS mempunyai kuasa untuk bertindak sebagai pihak berkuasa bagi mengawal tadbir urus halal di Singapura. MUIS juga telah berjaya menerbitkan sijil halal (kali pertama) kepada pihak industri khasnya bagi produk minuman untuk dieksport ke negara Timur Tengah. Pada tahun 1992, Unit Pensijilan Halal MUIS telah ditubuhkan untuk memastikan prosedur pengeluaran sijil halal lebih berstruktur ekoran daripada permintaan terhadap produk halal yang semakin meningkat setiap tahun di Singapura[7].

MUIS memainkan peranan yang utama sebagai badan tunggal yang menerbitkan sijil dan logo halal serta menguatkuasakan sistem perundangan yang berkaitan dengan pensijilan halal di Singapura. Pada hari ini, sijil dan logo halal MUIS telah dikenali dan mendapat pengiktirafan dalam pasaran halal utama di di Brunei, Indonesia, Malaysia, Kuwait, Bahrain, Arab Saudi, Qatar, Emiriah Arab Bersatu dan Oman[7].